Tuesday, November 23, 2010

Stay Fit dalam akhbar utusan

Stay Fit berperisa roselle

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my



Jurukecantikan Annys Beauty & Spa, Nurulhuda Ramli menunjukkan minuman kesihatan berasaskan roselle.

ALOR SETAR 16 Ogos - Memiliki dan mengekalkan berat badan yang ideal dan sihat menjadi impian semua wanita.

Bagaimanapun kesibukan tugas sama ada sebagai seorang wanita yang bekerja mahu pun suri rumah yang perlu menguruskan rumah tangga membuatkan penjagaan diri sering kali diabaikan.

Kebanjiran produk kecantikan wanita dan pelangsing badan di pasaran pada masa ini memberi satu kelegaan kepada golongan itu untuk mengawal berat badan dengan cara yang mudah dan menyihatkan.

Annys Beauty dan Spa menawarkan pilihan terbaik kepada wanita dengan mengeluarkan produk minuman diet berasaskan herba berjenama Stay Fit.

Pengasasnya, Nurhanis Abu Hassan, 24, berkata, Stay Fit dirumus dengan ekstrak herba-herba terpilih dan seratus peratus semula jadi.

Malah, tegasnya, para pengguna tidak perlu gusar mengenai kesan sampingan produk itu kerana ia dijamin selamat.

Katanya, ia dikilangkan mengikut prosedur Analisis Bahaya Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan diklasifikasikan sebagai makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bahkan, pengambilan jus itu tidak memerlukan penggunanya untuk berlapar kerana mereka akan berasa kenyang dan bertenaga selain membantu mengawal selera makan.

"Stay Fit adalah produk minuman berperisa roselle yang menampilkan kelainan bagi membantu mengawal berat badan dan penjagaan kesihatan dalaman serta luaran wanita.

"Produk ini terbukti berkesan untuk wanita yang inginkan penampilan badan yang menarik, gebu dan kekal langsing. Ia juga memberi kesegaran kepada kulit.

"Lebih penting ia membantu wanita menghadapi masalah sembelit," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Nurhanis memberitahu, Stay Fit kaya dengan pelbagai keperluan kesihatan termasuk kolagen dan vitamin C serta menggunakan ekstrak seperti teh hijau dan kacip fatimah.

Katanya, perisa roselle turut membuatkan jus minuman diet itu sedap untuk diminum dan kesannya dapat dirasai selepas empat hingga lima hari penggunaan.

Menurutnya, produk tersebut dicipta khusus kepada empat kumpulan wanita iaitu yang ingin menurunkan berat badan dan ingin kekal langsing serta yang menghadapi masalah pembuangan air besar.

"Ia turut difokuskan kepada wanita yang inginkan kulit cantik, gebu dan payu dara anjal di samping mereka yang mahu menjaga hubungan intim suami isteri," katanya.

Stay Fit yang berisi 10 peket dengan setiap satu seberat 20 gram itu ditawarkan pada harga RM68 sekotak bagi pasaran semenanjung Malaysia manakala RM72 bagi Sabah dan Sarawak.

Nurhanis berkata, sehingga kini produk tersebut laris di pasaran dan sejak beroperasi beberapa bulan lalu, sebanyak 5,000 kotak habis dijual.

Katanya, Annys Beauty & Spa yang beroperasi di pekan Simpang Kuala di sini mengunjurkan jualan akan mencecah sehingga 10,000 kotak sebulan dalam tempoh terdekat.

Dalam usaha mempromosikan produk berkenaan, syarikat tersebut sedang giat mencari pengedar dari seluruh negara.

No comments:

Post a Comment